Bicara Profesional: Peluang Perniagaan Dalam Industri Makanan Halal Malaysia

Sukacita dimaklumkan Pusat Penyelidikan (CR), Institut Koperasi Malaysia (IKM) akan menganjurkan program Bicara Profesional seperti maklumat berikut:

Tajuk: 
Peluang Perniagaan dalam Industri Makanan Halal Malaysia

Tarikh: 
27 Jun 2019 (Khamis)

Tempat:
Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Yuran :
RM50 (Koperasi) / RM100 (Bukan Koperasi).

Program ini diadakan bertujuan meningkatkan kefahaman para peserta berkaitan kepentingan konsep Halalan Toyyiban dari aspek pemakanan dan peluang menceburi bidang perniagaan dalam industri makanan halal. Sehubungan itu, pihak IKM berbesar hati menjemput lima (5) orang wakil (ALK/kakitangan/anggota) daripada koperasi YBhg. Tan Sri/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan untuk menghadiri program ini.

Bersama ini dilampirkan brosur program dan borang penyertaan. Borang penyertaan hendaklah dikembalikan kepada urus setia melalui faks: 03-79550863 atau email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 14 Jun 2019.Sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh berhubung dengan setiausaha kursus (Pn. Rohaya Ibrahim) di 03-79649053. Kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan, didahului dengan ucapan terima kasih.