Pengenalan

Institut Koperasi Malaysia telah melebarkan sayapnya ke negeri Johor Darul Takzim dan ia merupakan cawangan ke-4 selepas negeri Sabah, Sarawak dan Zon Timur. IKM Zon Selatan (IKMZS) dirasmikan pada 1 Februari 2010.

Fungsi

IKMZS menggalas tanggungjawab memberikan latihan kursus jangka pendek kepada koperator di negeri Johor dan Melaka. Penubuhan IKMZS dapat memudahkan koperator-koperator, khususnya dari bahagian selatan Malaysia, menghadiri kursus-kursus yang ditawarkan oleh IKM. Selain Johor, IKMZS juga meliputi Melaka dan Negeri Sembilan.

Program Latihan

Selain kursus jangka pendek, IKMZS juga berperanan memberi khidmat nasihat dan konsultasi percuma kepada koperator-koperator yang memerlukan.

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan tuan/ puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

Zon Selatan,
Institut Koperasi Malaysia Zon Selatan,
No 3, Jalan Padi Emas 1/8,
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor.

Tel: 07-207 5559
Faks: 07-234 2021
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kemudahan

sewa zon selatan

 

BILIK KULIAH

  bilik kuliah

 

IKM Zon Selatan dilengkapkan dengan sebuah bilik kuliah terletak di Tingkat 2, bersebelahan dengan bilik sumber(perpustakaan mini), surau and tandas wanita. Bilik kuliah berhawa dingin ini dilengkapi 1 unit komputer kegunaan tenaga pengajar,PA sistem, LCD projektor + skrin, 'glass whiteboard', papan putih, air minuman dan WiFi untuk capaian internet bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran peserta kursus.

Bilik kuliah ini boleh memuatkan maksimum 55 orang peserta pada satu-satu masa. Bilik kuliah ini boleh disewa sekiranya tiada pertindihan dengan kursus "in-house" IKM dengan kadar seperti berikut :

Jenis SewaanKadar Sewa (Koperasi/Agensi Kerajaan)Kadar Sewa (Swasta)Keterangan
Bilik Kuliah RM 300.00 RM 400.00 Tempoh Sewaan: 5 Jam
Kadar Tambahan RM 50.00 RM 50.00 Untuk 1 Jam Berikutnya
Pakej Makan & Minum RM 25.00 (Seorang/sehari) RM 25.00 (Seorang/sehari)

~ Minum Pagi

~ Makan Tengahari 

~ Minum Petang

Borang Permohonan Sewa Kemudahan

Syarat-syarat / peraturan sewaan kemudahan. Sila klik disini.

 

MAKMAL KOMPUTER

 

makmal komputer min

 

IKM Zon Selatan mempunyai sebuah malmal komputer berhawa dingin yang dilengkapi 30 buah komputer termasuk sebuah komputer tenaga pengajar. Makmal ini khususnya digunakan untuk peserta-peserta yang menghadiri kursus komputer anjuran IKM.

Makmal ini dilengkapi sistem multimedia dan kemudahan Internet untuk kegunaan pasa peserta yang menghadiri kursus-kursus komputer. Disamping itu juga, kemudahan di makmal ini dilengkapi PA sistem, projektor LCD + skrin, papan putih, air minuman dan WiFi untuk capa-ian internet. 

Kemudahan makmal ini boleh disewa oleh pihak luar tiada aktivit yang dijalankan oleh IKM. Kadar sewaan adalah seperti berikut : 

Jenis SewaanKadar Sewa (Koperasi/Agensi Kerajaan)Kadar Sewa (Swasta)Keterangan
Makmal Komputer RM 350.00 RM450.00 Tempoh Sewaan : 9 Jam
Komputer (PC) RM 25.00/ unit/sehari RM25.00/unit/sehari Bilangan Komputer : 30 unit
Pakej Makan & Minum RM25.00(seorang/sehari) RM25.00(seorang/sehari)

~ Minum Pagi

~ Makan Tengahari 

~ Minum Petang

Borang Permohonan Sewa Kemudahan

Syarat-syarat / peraturan sewaan kemudahan. Sila klik disini.

 

DEWAN MAKAN

SRI SELATAN

dewan makan min

 

IKM Zon Selatan menyediakan sebuah dewan makan berhawa dingin untuk peserta kursus iaitu Dewan Sri Selatan yang boleh menampung 50 orang dalam satu masa.

Saiz : 46' x 18'

Lokasi : Tingkat Bawah

Kapasiti : 50 orang

Peralatan & Kelengkapan :

Kerusi           : 50 unit

Meja Makan : 10 unit

Berhawa dingin,tandas, TV (Astro) & Kemudahan WiFi.

Jenis SewaanKadar Sewa (Koperasi/Agensi Kerajaan)Kadar Sewa (Swasta)Keterangan
Dewan Makan RM 300.00 RM 400.00 Tempoh Sewaan: Sehari
Pakej Makan & Minum RM 25.00 (Seorang/sehari) RM 25.00 (Seorang/sehari)

~ Minum Pagi

~ Makan Tengahari 

~ Minum Petang

Borang Permohonan Sewa Kemudahan

Syarat-syarat / peraturan sewaan kemudahan. Sila klik disini.

 

BILIK SUMBER

 

bilik sumber bilik sumber 2

IKKM Zon Selatan juga menyediakan sebuah bilik sumber IKMZS(perpustakaan mini) berhawa dingin yang dilengkapi dengan koleksi buku-buku pelbagai dan berkaitan dengan bidang pengkoperasian, berkaitan dengan kursus-kursus yang ditawarkan untuk rujukan para peserta disamping koleksi buku ilmiah untuk bacaan umum, suratkhabar, jurnal dan majalah. Koleksi ini terdiri dari bahan-bahan terbitan dalam dan luar negara.

Kemudahan ini bukan sahaja untuk kegunaan kakitangan IKM Zon Selatan, malahan juga untuk kemudahan para peserta kursus semasa tempoh berkursus. Peserta kursus boleh menggunakan bilik sumber ini untuk tujuan rujukan, perolehan atau pinjaman bahan bacaan yang diperlukan.

Peta Lokasi

peta

                                                                                                                                       https://goo.gl/maps/HWdVpEp4YyxX9rRr5

Portal(Page) Rasmi Zon Selatan

 Institut Koperasi Malaysia Zon Selatan                  WhatsApp Logo 1 https://wa.me/60125188984

instagraminstitut_koperasi_malaysia                                          youtube  IKMZS SELATAN

twitter Inst_Koperasi                                                                  websiteikkm  www.ikkm.edu.my