Tatacara Pengauditan & Perakaunan Koperasi
Kursus Wajib JAD (Tatacara Pengauditan dan Perakaunan Koperasi) adalah kursus wajib yang dikhaskan untuk Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi dengan objektif seperti berikut :
- untuk memberi kefahaman berkaitan peranan dan tanggungjawab Jawatankuasa Audit Dalam Koperasi; dan
- memberi pendedahan cara melaksanakan kerja audit dalaman menggunakan tatacara audit yang sistematik.
Isi kandungan Wajib JAD
- Jati Diri Koperasi dan Pengenalan kepada Pengauditan
- Peranan, Kuasa dan Kewajipan Jawatankuasa Audit Dalaman
- Sistem Perakaunan Koperasi
- Sistem Kawalan Dalaman dan Penilaian Pendedahan Risiko
- Tatacara Pengauditan
- Kertas Kerja dan Laporan Audit