FAQs - Kursus Dalam Kampus

Semua permohonan kursus hendaklah melalui borang yang perlu disahkan oleh Koperasi masing-masing. Jika kakitangan kerajaan hendaklah mendapat kebenaran daripada ketua jabatan tersebut.  Peserta yang pernah hadir ke IKM boleh mengisi borang permohonan dalam talian (online) di Portal Rasmi IKM. Borang permohonan hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh kursus. 

Kursus yang diperuntukan oleh MKM adalah hanya untuk anggota sahaja. Jika anak anggota merupakan ahli koperasi maka beliau layak untuk memohon kursus di IKM. Jika bukan ahli maka akan dikenakan bayaran.

Kakitangan awam layak memohon pelepasan cuti tanpa rekod menghadiri kursus di MKM selaras dengan Perintah Am Bab C.

Boleh dengan syarat mengemukakan surat daripada Koperasi kepada MKM dan menyatakan pegawai yang akan menggantikan pegawai yang tidak hadir.

IKM ada memberi kursus kepada guru-guru dan koperasi boleh menulis surat terlebih dahulu untuk memanggil IKM memberikan ceramah.

Tidak Boleh. Selaras dengan Manual Kualiti ISO 9001: 2015 semua permohonan kursus hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum kursus bermula. Peserta diminta untuk membawa surat tawaran kursus semasa hari pendaftaran.