Pengenalan

Pusat Pengurusan Perniagaan atau singkatannya PPP, Institut Koperasi Malaysia, telah diwujudkan pada tahun 2018. Ia bertujuan bagi menjalankan dan melaksanakan program serta latihan dalam aspek perniagaan terutamanya kepada sektor koperasi di negara ini. PPP mempunyai kakitangan seramai enam (6) orang di mana daripada jumlah tersebut terdiri seorang Pengarah PPP, empat (4) orang Pegawai Latihan, dan turut dibantu dengan seorang Setiausaha Kursus.

Penyertaan peserta bagi mengikuti sebarang program atau latihan di bawah Pusat Pengurusan Perniagaan, adalah terbuka kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD), Jawatankuasa Kecil Koperasi, Pengurusan Koperasi, Pegawai / Agensi yang menyelia koperasi, Anggota Koperasi serta Individu yang berminat.

Fungsi

Pusat ini menawarkan pelbagai kursus jangka pendek yang terdiri daripada kursus Pengurusan Strategik yang mana merupakan salah satu syarat wajib kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan juga kursus dalam bidang perniagaan.

Bagi membekalkan ilmu pengetahuan yang secukupnya kepada warga koperator dan seiring dengan perkembangan teknologi semasa, pelbagai program serta latihan yang telah dirangka bagi memantapkan lagi modal insan koperasi di negara ini. Berikut adalah senarai program serta latihan bagi tahun 2019 yang dikendalikan oleh Pusat Pengurusan Perniagaan :

  • Pengurusan Strategik;
  • Persediaan Memulakan Perniagaan;
  • Pengacaraan Majlis;
  • Urus Sumber Manusia Secara Efektif;
  • Kanvas Model Perniagaan (BMC);
  • Perancangan Modal dan Pembiayaan Perniagaan;
  • Pengucapan Awam Yang Berkesan;
  • Pemasaran Yang Efektif;
  • Teknik Pengurusan Rekod Yang Efektif;
  • Pengurusan Perubahan;
  • Pengurusan Stress;
  • Pengurusan Acara Yang Efektif;
  • Seminar;

Senarai Kursus

SENARAI KURSUS PPP 2019 2

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah :
Pusat Pengurusan Perniagaan (PPP)
Institut Koperasi Malaysia
103, Jalan Templer,
46700 Petaling Jaya,
Selangor.

No. Telefon : 03-7964 9043
No. Faks : 03-7957 9076

Facebook Rasmi

Pusat Pengurusan Perniagaan