Pengenalan
Institut Koperasi Malaysia telah melebarkan sayapnya ke negeri Johor Darul Takzim dan ia merupakan cawangan ke-4 selepas negeri Sabah, Sarawak dan Zon Timur. IKM Zon Selatan (IKMZS) dirasmikan pada 1 Februari 2010.
Fungsi
IKMZS menggalas tanggungjawab memberikan latihan kursus jangka pendek kepada koperator di negeri Johor dan Melaka. Penubuhan IKMZS dapat memudahkan koperator-koperator, khususnya dari bahagian selatan Malaysia, menghadiri kursus-kursus yang ditawarkan oleh IKM. Selain Johor, IKMZS juga meliputi Melaka dan Negeri Sembilan.
Program Latihan
Selain kursus jangka pendek, IKMZS juga berperanan memberi khidmat nasihat dan konsultasi percuma kepada koperator-koperator yang memerlukan.
Hubungi Kami
Sebarang pertanyaan tuan/ puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:
Zon Selatan,
Institut Koperasi Malaysia Zon Selatan,
No 3, Jalan Padi Emas 1/8,
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor.
Tel: 07-207 5559
Faks: 07-234 2021
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Kemudahan
Makmal Siber Zon
IKM Zon Selatan mempunyai sebuah makmal komputer berhawa dingin yang dilengkapi sebanyak 31 buah komputer termasuk sebuah komputer tenaga pengajar. Makmal ini khususnya digunakan untuk peserta-peserta yang menghadiri kursus komputer anjuran IKM.
Kemudahan makmal ini juga boleh disewa oleh pihak luar sekiranya tiada aktiviti daripada pihak IKM dengan kadar sewa seperti berikut :
Jenis Sewaan | Kadar Sewa (7.30 pagi - 5.30 petang) | Lain-lain |
---|---|---|
Makmal Komputer | RM 300.00/ hari | Tempoh Sewaan: 7.30 pagi - 5.30 petang |
PC | RM 25.00/ PC | Bilangan Komputer : 30 buah |
**Tambahan untuk setiap 1 jam berikutnya: RM 40.00
Terdapat juga kemudahan lain seperti perpustakaan mini, tandas dan lif. Bagi kursus-kursus selain kursus komputer, kemudahan pembelajaran diadakan di hotel yang dikenal pasti sekitar Johor Bahru dan penginapan juga disediakan di hotel tersebut.
Peta Lokasi