Pengenalan 

IKM Zon Tengah merupakan zon baharu yang diwujudkan pada tahun 2016 selaras dengan Transformasi IKM yang menawarkan program latihan atau kursus dalam bidang keberhasilan utama yang dinyatakan dalam Dasar Koperasi Negara (DKN 2011-2020).

Fungsi 

Selain daripada Kursus Wajib, fokus IKM Zon Tengah adalah kepada kursus Pengurusan dan Teknikal, Bicara Profesional, Seminar dan Program MiRiCLe.  Bagi meningkatkan kompetensi setiausaha koperasi, program Sijil Profesional Setiausaha Koperasi turut ditawarkan di bawah Zon Tengah.

Selain melaksanakan kursus, Zon Tengah juga berperanan memberikan khidmat nasihat, membangunkan kajian kes, menghasilkan penulisan dan juga penyelidikan yang berkaitan dengan bidang tumpuan yang dinyatakan.

Program Latihan

Bidang tumpuan kursus-kursus yang ditawarkan di bawah Zon Tengah meliputi apspek pengurusan dan pentadbiran koperasi, perundangan koperasi dan kepimpinan koperasi. Peranan utama Zon Tengah adalah untuk melaksanakan dan memperkasa Kursus Wajib 1 : Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi.

Dengan adanya Kursus Wajib ini, ia dapat memberi pendedahan dan kesedaran kepada ALK dan JAD tentang kepentingan integriti dan tugas fidusiari yang diamanahkan kepada mereka. Jajahan atau liputan Zon Tengah adalah merangkumi tiga buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Selangor dan Perak Tengah.

Hubungi Kami 

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

Zon Tengah
Institut Koperasi Malaysia,
103, Jalan Templer,
46700 Petaling Jaya,
Selangor.

No. Tel : 03-7964 9069
No. Faks : 03-7954 3957
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Klik untuk Paparan Penuh

Peta Lokasi

 Facebook Rasmi 

 Facebook Rasmi Zon Tengah IKM