soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  merah  kuning
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:

Pengenalan

IKM Zon Tengah merupakan zon baharu yang diwujudkan pada tahun 2016 selaras dengan Transformasi IKM yang menawarkan program latihan atau kursus dalam bidang keberhasilan utama yang dinyatakan dalam Dasar Koperasi Negara (DKN 2011-2020).

Fungsi

IKMZS menggalas tanggungjawab memberikan latihan kursus jangka pendek kepada koperator di negeri Johor dan Melaka. Penubuhan IKMZS dapat memudahkan koperator-koperator, khususnya dari bahagian selatan Malaysia, menghadiri kursus-kursus yang ditawarkan oleh IKM. Selain Johor, IKMZS juga meliputi Melaka dan Negeri Sembilan.

Program Latihan

Selain kursus jangka pendek, IKMZS juga berperanan memberi khidmat nasihat dan konsultasi percuma kepada koperator-koperator yang memerlukan.

Kemudahan

Makmal Siber

MAKMAL SIBER ZON

IKM Zon Selatan mempunyai sebuah makmal komputer berhawa dingin yang dilengkapi sebanyak 31 buah komputer termasuk sebuah komputer tenaga pengajar. Makmal ini khususnya digunakan untuk peserta-peserta yang menghadiri kursus komputer anjuran IKM.

Kemudahan makmal ini juga boleh disewa oleh pihak luar sekiranya tiada aktiviti daripada pihak IKM dengan kadar sewa seperti berikut :

Jenis Sewaan Kadar Sewa (7.30 pagi - 5.30 petang) Lain-lain
Makmal Komputer RM 300.00/ hari Tempoh Sewaan: 7.30 pagi - 5.30 petang
PC RM 25.00/ PC Bilangan Komputer : 30 buah

**Tambahan untuk setiap 1 jam berikutnya: RM 40.00

Terdapat juga kemudahan lain seperti perpustakaan mini, tandas dan lif. Bagi kursus-kursus selain kursus komputer, kemudahan pembelajaran diadakan di hotel yang dikenal pasti sekitar Johor Bahru dan penginapan juga disediakan di hotel tersebut.

Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

Institut Koperasi Malaysia Zon Selatan
No 3, Jalan Padi Emas 1/8, 
Bandar Baru UDA, 
81200 Johor Bahru,
Johor.

 07-207 5559   07-234 2021
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Facebook Rasmi Zon Selatan Instagram Rasmi Zon Selatan Twitter Rasmi Zon Selatan https://wa.me/60125188984 Youtube Channel Zon Selatan Laman Rasmi Zon Selatan
Location Map
Undian
Adakah infomasi di dalam Portal IKM memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?