soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  merah  kuning
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:

Pengenalan

Zon ini telah memulakan operasinya pada 3 Januari 2010 dengan nama IKM Wilayah Utara. Bangunan empat tingkat milik Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad dijadikan penempatan pejabat, bilik kuliah dan makmal komputer bagi program-program yang dianjurkan.

Fungsi

Sebagai nadi minda utara, IKM Zon Utara komited kepada kecemerlangan latihan dan pendidikan koperasi bagi melahirkan warga koperasi yang berilmu pengetahuan dalam menjana kecemerlangan koperasi.

Program Latihan

IKM Zon Utara menjalankan kursus-kursus jangka pendek bagi zon utara merangkumi negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara.

Program dan kursus yang dianjurkan oleh IKM Zon Utara merangkumi bidang:

  • Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Konsultasi Koperasi
  • Perakaunan dan Kewangan
  • Pentadbiran Perundangan dan
  • Kepimpinan Koperasi serta Seminar dan Bicara Profesional

Kemudahan

IKM Cawangan Utara dilengkapkan dengan dua buah bilik kuliah yang diberi nama Bilik Kuliah Kiambang dan Bilik Kuliah Teratai. Bilik-bilik kuliah ini sesuai untuk kegunaan seminar, bengkel, kursus dan mesyuarat. Mempunyai kerusi dan meja yang boleh disusun mengikut keperluan penyewa serta berhawa dingin. 

Di samping itu juga pihak IKMCU menyediakan peralatan - peralatan IT seperti Komputer, LCD projektor dan sebagainya yang boleh disewa secara berasingan. Pihak luar boleh menyewa bilik kuliah ini sekiranya tidak digunakan untuk berkursus.

 
Bilik Kuliah Kiambang

north zone lecture hall

  • Terletak di Tingkat 1
  • Boleh memuatkan 60-100 orang peserta pada satu masa

Kadar bayaran bagi penggunaan Bilik Kuliah Kiambang

Kemudahan Koperasi Jabatan dan Agensi Kerajaan Swasta
Pengunaan 5 jam RM280.00 sehari RM350.00 sehari RM450.00 sehari
Pengunaan kurang 5 jam RM240.00 sehari RM350.00 sehari RM450.00 sehari

 
Bilik Kuliah Teratai

 north zone kiambang lecture hall

  • Terletak di Tingkat 2
  • Dilengkapi dengan sistem pandang dengar terkini sistem suara, mikrofon,Rostrom LCD projektor, skrin dan juga papan putih bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran peserta kursus
  • Boleh memuatkan 35 orang peserta

Kadar bayaran bagi penggunaan Bilik Kuliah Teratai

Kemudahan Koperasi Jabatan dan Agensi Kerajaan Swasta
Pengunaan 5 jam RM200.00 sehari RM250.00 sehari RM300.00 sehari
Pengunaan kurang 5 jam RM180.00 sehari RM150.00 sehari RM250.00 sehari

 
Makmal Komputer Kenanga

north zone kenanga computer lab

  • Makmal komputer berhawa dingin yang dilengkapi dengan 27 buah komputer sistem multimedia, berkuasa Core 2 Duo 2.9ghz, 2gb Ram DVD-Writer
  • Kemudahan Internet untuk kegunaan peserta-peserta yang menghadiri kursus-kursus komputer. 

Selain untuk kegunaan semasa kursus, kemudahan ini juga boleh disewa oleh pihak luar semasa ketiadaan kursus dengan kadar sewa yang berpatutan. Kadarnya adalah mengikut agensi yang menyewa seperti berikut;

Koperasi Jabatan/Agensi Kerajaan Swasta
RM40.00 RM50.00 RM55.00

 
Kemudahan Lain-lain

Dewan Makan  Kemudahan Surau Lelaki & Wanita
  • Boleh memuatkan 70 orang dalam satu-satu masa
  • Surau Lelaki dan Surau Wanita ditempatkan di tingkat 3 bangunan IKMCU
  • Kemudahan LIF

Borang Sewaan Kemudahan

BIL NAMA BORANG/DOKUMEN  
1 Borang Sewaan Kemudahan Lihat

Lihat

| Muat Turun
Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

Zon Utara
Institut Koperasi Malaysia
No. 1515, Wisma KGMKB,
Jalan Tunku Ibrahim,
05000 Alor Setar, Kedah.

 04-733 7527, 04-733 7630   04-733 7532
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Facebook Rasmi Zon Utara MKM


Peta Lokasi
Undian
Adakah infomasi di dalam Portal IKM memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?